As salam dan hello semua 🙂

Sesuatu yang aku mahukan sejak menjadi seorang blogger tak bertauliah sekian lama iaitu MY OWN DOMAIN.
Alhamdullilah. Akhirnya aku memiliki domain atas nama aku sendiri.
www.siqahiqa.com
Dari dulu hingga kini, hanya nama siqahiqa yang akan aku gunakan. Dah lama ada niat untuk memiliki domain sendiri, cuma masih tertangguh-tangguh dan tak tahu macam mana nak buat.
Akhirnya, aku tergerak hati untuk bertanya kepada Erin Azmir dan dia tunjuk ajar semua. Aku suka tanya Erin! Ini bukan soalan pertama daripada aku. Hee. Thank you Erin! =)
Aku happy bila ada domain sendiri. Baru terasa blog ini menjadi hak mutlak aku saja. Haha. Macam melampau bunyinya tu. Insyallah, aku akan lebih aktif blogging. Cuma kadang-kadang, tak terkejar juga dengan masa yang ada. Buat apa yang aku mampu saja.
Aku order custom domain di website netkl.com

Harga RM45 untuk domain dan RM3 untuk service charge. Jadi total hanya RM48 / setahun. Murah dan servis dorang sangat cepat. Aku order dan buat pembayaran. Tak sampai 15 minit, domain aku telah bertukar. Bagus! Aku suka service pantas begini.
Kalau korang nak tempah domain sendiri, boleh cuba dapatkan khidmat daripada team netkl.com . Serius, berbaloi-baloi! Hehe.
Photo A Day Challenge #2 – Something