Hello semua =)
Drama Korea yang aku nak review hari ni adalah drama yang sudah lama sebenarnya. Hehe.
Drama bertajuk Secret pada tahun 2013.
Kenapa aku baru nak review hari ni? Nanti aku bagitahu di akhir entri ini ye.

SINOPSIS
Min Hyuk (Ji Sung) adalah seorang lelaki kaya yang punya segalanya. Dia telah kehilangan kekasih kesayangan kerana a hit-and-run accident.
Yoo Jung (Hwang Jung Eum) adalah seorang wanita yang terlalu sayang dan percayakan kekasihnya, Do Hoon (Bae Soo Bin) sehingga sanggup untuk mengaku bersalah kerana a hit-and-run accident yang sebenarnya dilakukan oleh Do Hoon.
Yoo Jung masih berfikiran bahawa Do Hoon akan selamatkan dirinya tapi rupanya tidak. Dia dikhianati kerana Do Hoon menjadi semakin gila kuasa sebagai seorang peguam.
Selepas Yoo Jung keluar dari penjara, Min Hyuk menganggu hidupnya, kerana dia ingin membalas dendam kepada pembunuh kekasihnya.
Lama kelamaan, Min Hyuk sedar akan hakikat bahawa Do Hoon adalah pembunuh yang dicari lalu menolong Yoo Jung untuk sama-sama membalas dendam kepada Do Hoon.
Dalam proses ini, Yoo Jung dan Min Hyuk jatuh cinta.
REVIEW
Absolutely amazing! A must watch Korean drama! A very sad with meaningful stories. My top favorite Korean Drama.
I love this drama so much! Sehingga aku hanya mengambil masa 3 hari untuk marathon tengok drama ni daripada mula hingga akhir.
I love the chemistry between Ji Sung and Jung Eum. Aku memang dah terpikat dengan Ji Sung sekian lama. Jung Eum pula adalah ratu air mata. Dalam drama ni, banyak kali dia menangis. Macam mana agaknya dia boleh menghayati watak dengan sangat mendalam dan boleh menangis setiap kali dengan senang dan sedih.
Jung Eum menangis. Sekali aku pun menangis. Ada yang Jung Eum tak nangis tapi aku pulak menangis sebab sedih tengok dia. Kasihan sangat hidup dia. Huhu.
Pada mulanya, aku bengang dengan watak Yoo Jung. Kenapa dia begitu mudah untuk cover kesalahan kekasih dia? Kenapa dia begitu bodoh memikirkan yang kekasihnya baik?
Tapi, selepas dia bangkit semula bersama Min Hyuk untuk membalas dendam kepada Do Hoon, aku jadi teruja. Teruja melihat seorang wanita yang dikhianati dan akhirnya bangkit untuk membela diri.
Pendek kata, the story, the acting, and OST, semuanya best! A powerful Korean Drama.
Tak akan menyesal kalau tengok drama ni. Percayalah.
A really recommended Korean drama 🙂
A beautiful ending 🙂
OST Secret – Incurable Illness
**************************************************
Kenapa tiba-tiba hari ni aku review drama Korea yang sudah lama aku tengok?
Here is the reason yang menyebabkan aku kembali mengingati Secret!
Korang tengok tak drama Melayu bertajuk Patahnya Sebelah Sayap di TV3? Baru je mula disiarkan dua hari lepas. Lakonan Ummi Nazeera, Izzue Islam, dan Aeril Zafrel.
Aku tak tengok drama Melayu. Bosan sebenarnya dengan jalan cerita yang lebih kurang sama dan ikut trend. Sekali keluar cerita pasal Kapten, sekarang cerita pasal Abang Bomba pulak. Boring betul rasa. Huhu. Dan semua adaptasi novel.
Aku tahu pasal drama Patahnya Sebelah Sayap daripada Hanis. Aku pun terus tengok episod 2 semalam dan yes, memang serupa dengan drama Korea, Secret.
Jalan cerita sama dan telah disesuaikan mengikut gaya orang kita.
Aku tak tahu sama ada pihak produksi ada hak untuk remake drama Secret dalam versi Melayu. Tak ambil peduli sangat hak remake or copy paste ni, pandai-pandailah mereka kan.
Drama Secret tidak ditayangkan di Malaysia dan mungkin sebab tu pihak produksi ambil jalan ceritanya sebab bagi mereka, tak ramai tahu drama Secret. Aku rasalah. Hehe.
Aku bukan nak hentam drama Melayu. Tak dinafikan drama Patahnya Sebelah Sayap lain daripada lain. Dapat membuatkan kita untuk menonton drama yang konsepnya berat sedikit. Bukan hanya cinta dan perebutan kuasa semata.
Cuma aku harap agar drama ini adalah original daripada orang kita. Bukan ciplak idea sesiapa.
Walaupun begitu (dah macam buat karangan pulak, hehe,) , aku akan terus menonton Patahnya Sebelah Sayap.
Aku suka lakonan tiga orang watak utama dalam drama ni, Ummi Nazeera, Izzue Islam dan Aeril Zafrel dan rasanya aku patut bagi peluang kepada pihak produksi tempatan untuk olah drama Secret bersesuaian dengan konsep masyarakat kita.
Fuh! Panjang nampaknya entri kali ini 😀
Ada sesiapa yang berminat nak tengok Secret, boleh klik LINK INI.
Jom tengok juga Patahnya Sebelah Sayap. Baru 2 episod je. Sempat kalau korang nak follow sesama 🙂
Happy watching, all =)