Hi semua dan selamat petang π
Selepas pertama kali aku join larian di Standard Chartered KL Marathon 2016, boleh baca >>> ENTRI INI, aku berminat untuk join larian lagi. Walaupun diri tak suka bersukan ( sebab tu badan bagai di pam-pam ), haha, aku tetap nak join larian jugak =D
Tak sangka larian kedua aku dalam masa terdekat iaitu bulan depan, September! Kali ni, aku, Nadiah, dan Syira dapat join. Hanis dan Tasha masing-masing ada event lain.

Larian diberi nama Orchid Run And Ride 2016 yang akan diadakan pada 25 September 2016 di Persiaran KLCC. Event organiser adalah Fat Boys Records Sdn Bhd in collaboration with Petronas.
Aku daftar dalam 3 minggu lepas. Masa kami bertiga daftar masih ada lagi kekosongan. Elok lepas beberapa jam, semua slot dah full! Gilalah! Rupanya ramai orang Malaysia yang suka lari. Aku je baru nak terjebak dengan aktiviti ini. Lambat sungguh. Hehe.
Full Slot

Maaf ye lambat kongsi. Baru nak ajak korang semua lari sekali.
Details

Ada 5KM Fun Run dan Fun Ride jugak!
Entitlement

Race pack yang berbaloi. Pelbagai barang dapat termasuk payung dan topi Petronas. Paling best, ada sekali disertakan bunga orkid. Orchid artificial lah kot kan. Cantik!
T-Shirt

Boleh tahan lawa t-shirt
Medal

Aku paling berminat dengan medal! Medal pun bentuk bunga orkid. Cantik! Harap aku dapat medalnya. Maklumlah lari ikut suka je. Tak kisah asalkan habis larian 12KM. Hee.
Route Map

Sekali lagi aku akan lari sambil melihat bangunan tinggi di sekitar KL sambil menyanyikan lagu Belantara Konkrit by Altimet (-βΏβ¦)
Race Pack Collection

KLCC ada berapa tower? Haha! Sebenarnya aku tak pernah ambil tahu. Tengok KLCC lawa je sudah. Dah lama jugak tak ke KLCC.
Aku cuti selama dua minggu sebelum larian nanti. Maknanya tiada alasan untuk aku tidak training! Jangan malas okay! Kali pertama kau lepas, jangan ingat kali kedua kau akan lepas lagi wahai Puan Siqah :p
Training for 2 weeks in my block leave!
Chiayok!
Ada sesiapa yang dah daftar untuk larian ini ke? Jumpa di sana ye. Aku dah tinggalkan pesanan buat Nadiah dan Syira. Tunggu sehingga aku sampai di garisan penamat. Maklumlah, aku guna gear rendah je nanti. Hihi.
“Going The Distance Together”