Assalamualaikum dan hello semua =)
Tengok tajuk entri ini yang panjang pastinya korang dah tahu entri ini nak bercerita mengenai apa. Hehe.
Pasar karat atau Flea Market dah banyak tumbuh di negara kita. Dinamakan pasar karat kerana kebiasaanya tempat ini menjual barang antik atau lama, dan juga barang terpakai.
Antara tempat pasar karat yang popular di negara kita adalah Lorong Kulit Pulau Pinang, Pasar Loken Ipoh, Pasar Karat Jalan Hang Lekir Melaka, dan Amcorp Mall Flea Market Petaling Jaya.
Aku berpeluang ke Amcorp Mall Flea Market pada hari Ahad lepas. Tujuan aku untuk beli satu benda je. Satu je! Apakah? Hehe.
Amcorp Mall Flea Market diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Aku syorkan korang pergi pada hari Ahad sebab lagi ramai peniaga ada di sini. Dan pergi di awal pagi. Sebab kalau tengahari dah ramai orang dan satu lagi tempat parking pun susah nak dapat.
Bayaran parking di sekitar Amcorp Mall agak mahal sebenarnya. Boleh parking dalam bangunan Amcorp Mall kalau korang datang awal. Harga lebih murah berbanding parking di luar.
Hari tu, aku datang lambat juga memandangkan kami ke KL dulu di awal pagi. Makanya, parking jela di luar Amcorp Mall. Redha jela bayar parking mahal.
Aku tak ambil gambar setiap gerai. Malas nak pegang phone di kala orang ramai. Makanya hanya gambar dari pemandangan atas dan jauh jela eh yang boleh kongsi di sini.
View dari atas

Ada lebih 300 gerai dibuka pada hari Ahad. Banyak kan?
View di tingkat bawah

Di tingkat atas pun ada juga flea market ini. Bukan di bawah saja. Jadi memang banyak masa dihabiskan di sini untuk melihat semua gerai yang ada.

Banyak barang yang dijual. Kalau korang pengumpul duit syiling, duit kertas lama, dan CD/DVD dan piring hitam, tempat ini lah tempat yang sangat sesuai untuk korang datang. Serius, banyak betul ada.
Selain itu, ada juga setem, tembikar lama, almari ( yang kecil ), buku, keris, barang perhiasan wanita, barang permainan kanak-kanak, barang-barang Coca Cola, jam lama dan sebagainya.
Dalam banyak barang tersebut, mata aku hanya fokus mencari satu barang saja iaitu:
NOVEL ENGLISH LAMA

Tengok muka depan, dah terfikir benda lain ke korang? Haha. Novel ni semua bukan untuk aku. Mak Lang aku pesan suruh carikan novel sebegini untuk dia. Sebab dia dah baca sekali dan katanya seronok. Cerita zaman dahulu. Cerita Lord, ballroom, ada majlis tari-menari.
Aku pernah baca satu novel macam ni di rumah Mama. Tak faham weiii. Bahasa yang digunakan high level sangat rasanya. Lagipun aku tak berapa minat dengan kisah zaman dahulu ni. Tak minat membaca, kalau tengok filem, aku minatlah. Sebab ada subtitle. Hehe.
Nak tahu harga novel di atas berapa? Haha. Murah gila! Aku terkejut bila dengar. Boleh tanya sekali lagi kat Uncle tu sambil besarkan mata. Haha. Hanya RM2 untuk satu novel. Murah kan?? Aku borong semua novel yang ada kat gerai tu. Ada 13 novel. Baru RM26 total. Hehe. Berbaloi sangat rasanya!
Sesiapa yang berminat dengan barang lama/ antik atau barang terpakai, bolehlah terjah ke Amcorp Mall Flea Market. Mungkin korang akan jumpa barang yang dihajati. Cuma kena rajinlah tengok setiap satu gerai yang ada.
Flea market di dalam Amcorp Mall. Di luar Amcorp Mall, ada juga gerai jual baju, tudung, kasut, dan sebagainya. Makanya, selamat berbelanja eh! Hehe.
Note: Mak Lang sabar ye menunggu sehingga Hari Raya Aidiladha nanti =D