Assalamualaikum dan hello semua =)

Hari ni 9 Ogos 2016, genap 2 tahun ulangtahun perkahwinan kami. Tak sangka betul masa berlalu dengan cepat. Sekejap je rasanya dah 2 tahun. Alhamdullilah. Syukur kepadaMu Allah kerana telah mengurniakan seorang suami yang baik dan segala cukup sifat buat diriku. Terima kasih kerana Kau masih pinjamkan dia yang tersayang buat diriku. Pinjamkanlah dia selamanya buatku Ya Allah. Amin.
Ya Allah,
Aku bersyukur kerana kau telah memanjangkan jodoh antara kami. Kekalkanlah kami sebagai suami isteri di dunia dan akhirat. Kekalkanlah juga nikmatMu di atas bumi ini buat kami. Kau murahkan rezeki kami juga Ya Allah. Amin.
Untuk suami tersayang aka my photographer,
Terima kasih untuk segalanya dan teruskan berusaha untuk menjadi seorang yang annoying. Hahaha.

Eh, eh, nak sertakan lirik lagulah. Lagu kegemaran kita =)
Hingga ke Jannah – KRU
Di dalam setiap doa,
Namamu takkan ku lupa,
Semoga kita setia berdua,
Hingga ke Jannah bahagia bersama.
Di dalam setiap mimpi,
Kita saling mencintai,
Ke akhir nanti setia berdua,
Hingga ke Jannah bahagia bersama.

Insyallah =)
Many happy years in future together =)