Assalamualaikum dan hello semua =)
Aku scroll gambar dalam phone hari ni. Dah ternampak pulak gambar lama yang boleh kongsi di sini. Aku pun sekarang tengah ada sindrom writer block. Tak tahu nak update apa kat blog. Huhu.
Jadi, mehlah nak kongsi gambar dan kisah yang dah lama. Aku kasi throwback lah eh =D
Korang pernah pergi ke Pantai Sepat, Pahang? Pantai Sepat adalah salah satu pantai yang popular di Pahang selain daripada Pantai Teluk Cempedak, Pantai Cherating, dan Pantai Balok.
Aku bersama sepupu pergi ke Pantai Sepat untuk buat sesi fotografi. Sebenarnya ia adalah sesi wedding outdoor photography untuk sepupu aku, Faiz dan isteri, Maryam. Kami yang lain menyibuk nak jugak ikut dengan harapan gambar kami masuk sekali dalam album kahwin. Haha.
Sebenarnya, kami yang lain pun ada sesi fotografi sendiri. Photographer kami semestinya suami aku, Mr Aliff. Dia pun bawa kamera DSLR, so kami jadilah model sekejap. Hee. Suami pulak rajin melayan. Hihi.
Bukan setakat ada pantai indah di Pantai Sepat tau. Ada juga pokok-pokok di tepi pantai ala Nami Island, Korea. Serius! Tak percaya, tengok gambar kat bawah. Hehe.
Nami Island versi Pantai Sepat

Lebih kurang lah kan? Haha! Asal ada pokok je kira Nami Island lah tu =p

Tiba giliran untuk ambil gambar sorang-sorang pulak.
Sepupu – No

Sepupu – Ain

Sepupu – Zaimah

Sepupu – Intan

Tuan Blog – Siqah Hussin

Habis dah bergambar di pokok, kami beralih ke pantai pulak 🙂
Manisnya senyumanmu =)

Aksi lompat konon. Haruslah tak jadi. Hehe.

Gambar bawah ni aku yang snap. Suruh mereka feeling berjalan tepi pantai. Suruh je budak-budak ni, laju je melayan. Hehe.

Okay. Baru ada bergambar dengan pengantin. Pengantin sibuk masa ni. Maklumlah sesi fotografi kata. Kami tak nak mengacau. Buat hal sendiri =D



Suka gambar atas ni. Aku lah pembantu photoG. Tolong pegang dan lepaskan veil pengantin je. Haha. Nasib baik angin bagi kerjasama baik masa ni. Kalau tidak, fuh, mahu berpeluh nak buat.

Tak lama pun kami di Pantai Sepat. Kami sampai dah dekat jam 7 PM. Cepat-cepat ambil gambar sementara matahari masih ada. Pencahayaan matahari sangat penting dalam membuatkan gambar cantik. Kena kejar cahaya matahari. Tak sama gambar yang dihasilkan kalau tambah cahaya melalui aplikasi edit.

Bergambar pula dengan encik suami aka our photographer. Masalahnya, kenapa tempat aku berdiri gelap? Cahaya hanya pada encik suami? Tak aci okay..
Nak jugak gambar aksi =D

Aku suka ambil gambar pokok dan langit biru. Indah!

Sunset di sebelah sana. Random snap. Aku suka sangat dengan sunrise dan sunset. Indah sangat langit masa ni.

Sekian saja entri kali ini. Kami sekeluarga memang suka ambil gambar. Tambah lagi bila kini encik suami officially masuk dalam keluarga, lagi seronok kami bergambar. Nak harapkan kami, tak tahu nak ambil gambar sangat. Random snap je tahulah. Hee.
Entri ini bersama ucapan tahniah kepada pasangan pengantin di atas, Faiz dan Maryam yang baru saja mendapat cahayamata pertama. Baby girl yang diberi nama Aarissa Nur Zahra. Cantik kan nama? Semoga membesar dengan baik dan menjadi kebanggaan ibu ayah.
Lama haa baru nak up entri. Hampir setahun cerita. Basi dah. Haha.
Takpelah.
Biar lambat asalkan share di Kenangan Abadi =)
Thanks reading,