Assalamualaikum dan hello semua 🙂
Seperti yang semua sedia maklum, kita perlu tukar kad Maybank kepada kad terkini yang ada logo payWave atau Debit sebelum 31 Disember 2016.
Dan yang paling best apabila Maybank ada menyediakan khidmat untuk pertukaran kad Maybank dengan menggunakan gambar sendiri. Weeiii gambar sendiri tu! Siapa yang tak nak gambar sendiri diabadikan di kad kan?
Aku dan suami pun teruja nak tukar kad Maybank kami. Aku menggunakan gambar kami berdua manakala encik suami pula menggunakan gambar tentera dia. Gambar yang limited edition, katanya :p
Cara nak tukar design kad sangat senang. Semuanya di hujung jari saja. Tak perlu beratur panjang di Maybank.
Cara untuk tukar kad Maybank dengan gambar sendiri adalah:
1. Klik LINK INI
2. Pergi ke How To Apply dan Click Here to apply for Debit Picture Card.
3. Akan keluar Terms & Conditions. Click Accept.
4. Click Use Custom Image
4. Korang boleh pilih mana-mana gambar yang korang nak cuma pastikan gambar tersebut ada ciri-ciri seperti di bawah:
- Optimal image resolution: 1036 x 664 pixels @ 300 dpi.
- Do not leave any white space, Picture must cover the whole card face,
- Format : jpg, png, atau gif only.
- Max file size : 10MB
5. Contoh dah siap pilih seperti gambar di bawah.
6, Click Finalize and Click Submit. Gambar akan di-upload.
7. Click Finish dan seterusnya isi details seperti email, last 4 digit of your ID card, dan Maybank branch yang korang nak ambil kad nanti.
8.Click Continue dan korang akan dibawa ke page seterusnya. Page pembayaran dengan menggunakan Maybank2u.com.
9. Bayaran sebanyak RM26.50 ( termasuk GST ) dan wajib dibayar untuk confirm-kan order korang.
10. Korang akan dapat email daripada Maybank yang mengesahkan order kad korang.
11. Kad akan siap dalam masa 7 hari bekerja.
Senang je kan? Aku dan suami masing-masing belum dapat kad lagi. Nanti dah siap, aku berkongsi juga di sini.
Sesiapa yang nak buat kad dengan gambar sendiri, let’s do it now =)