Assalamualaikum dan hello semua 🙂
Korang pernah dengar kafe Mangosix Coffee Dessert? Aku tahu mengenai kafe ni masa tengok satu drama Korea, The Heirs yang ada babak mereka dalam kafe ini. Nampak macam menarik je minuman dorang, Mango Smoothie.
Lee Min Ho dan Kim Woo Bin in The Heirs

Tahun lepas, kami #gengmakankeKorea dan sempat singgah di Mangosix Cafe di sana. Teruja gila masa pergi dulu. Hehe. Semua kerana penangan drama The Heirs. Kalau tak tengok drama tu, mungkin tak tahu kewujudan kafe ni.
Inilah mango smoothie. Menarik kan?

Sabtu lepas, seawal jam 10 pagi, aku pergi ke First Outlet Mangosix Coffee Dessert di Malaysia yang terletak di Bandar Puteri, Puchong. Keterujaan untuk mencuba hanya ada pada aku seorang, memandangkan suami aku tak tengok pun drama Korea. Anti lagi ada. Hehe.
Mangosix Coffee Dessert

Besar kafenya. Ada 3 tingkat. Tapi aku hanya berlegar di tingkat bawah saja. Jadi gambar kafe pun hanya di bawah sajalah.
Kami pilih untuk duduk di luar. Mujur tak panas sangat masa tue.

Nice and simple interior


Di hujung tingkat bawah. Tersorok sedikit tempatnya. Sesuai untuk mereka yang bercakap sentiasa macam dalam pantry. Haha! #gengmakan lah tu :p

Toilet Di sebelah meja di atas.



Nampak tak di tengah itu ada terletak barang cenderahati daripada Mangosix.

Close up

Aku berkenan pulak dengan topi

Dalam kafe dah tengok. Tengok pilihan makanan dan minuman yang ada pulak. Banyak juga pilihan dessert yang ada cuma aku dah ada menu dessert yang aku nak makan.

Minuman. Semua nampak menyelerakan!

Menunggu order siap disertakan sekali dengan bil. Sesekali bolehlah. Huhu. Mahal nanye. Tapi kalau dah nama kafe memang begitulah harganya.

Pilihan kami.
Berries Smoothie, Hot Latte, dan Caramel Almond Toast.

Berries Smoothie sedap! Latte so-so ( need to add on sugar ).
Caramel Almond Toast

Sedap! Rotinya nampak keras di luar tetapi lembut di dalam. Yang atas itu adalah whipped cream, bukan aiskrim. Hee. Sebab suami aku ingatkan aiskrim.
Kesimpulannya, kafe ni menarik untuk makan, minum, sambil melepak. Haha. Layankan je sesekali. Nak pergi lagi tapi jauh jugak. Kalau dapat pergi lagi, dah tahu apa yang nak di-order. Cuba menu yang lain pula 😀
Nak pergi sini senang je. Hanya Waze ke Mangosix Coffee Dessert. Confirm sampai.
Cafe’s Details:
Alamat: The Cube, No 11, Jalan Puteri 7/13A, Bandar Puteri, 47100, Puchong, Selangor.
Opening Hours: Sun-Thu ( 9 am – 12 am )
Fri-Sat ( 9 am – 1 am )
Facebook: Mangosix Malaysia
Instagram: Mangosix Malaysia
Happy trying!

Till then,
Love,