Assalamualaikum dan hello semua..

Kali ni, aku nak berkongsi pula bagaimana cara untuk batalkan automatic renewal subscription untuk aplikasi di Apple Store. Kenapa aku belajar mengenai benda ni? Semestinya ada kes. Tidaklah aku belajar tanpa sebab. Hee.
Dijadikan cerita, aku download aplikasi Smule. Aku yakin semua orang tahu kan aplikasi Smule untuk apa. Gila punya popular dah sekarang orang yang kira hot di Smule, siap ada dah jadi artis haa.
Aku pun bersungguh download selepas dikatakan bahawa Smule ni best. Walaupun suara tak sedap, masih tetap nak nyanyi. Haha.
Yang tak best nya Smule, kita hanya boleh nyanyi satu lagu saja secara percuma. Dapat percuma sebab daftar Smule. Selepas dah nyanyi lagu pertama, untuk pemilihan lagu kedua, kau kena add orang lah, invite orang nyanyi lah dan sebagainya.
Aku malas bab camtu. Nak main-main je kan. Takdelah sampai nak invite orang nyanyi dengan aku. Dahlah suara pun hampeh ( sedar diri weii, haha ). Jadinya, aku automatik klik to subscribe VIP access to Smule yang membolehkan aku nyanyi semua lagu dalam Smule. Gila gelojoh dan teruja tak?
Nak dijadikan cerita lagi, Smule akan buat auto renewal subscription bila kau dah subscribe. Seminggu dikenakan bayaran sebanyak USD2.99. Seminggu tau, bukan sebulan ye.
Nak dijadikan cerita, aku ni hangat-hangat tahi ayam, makanya hanya nyanyi di Smule selama dua minggu je. Jenuh cari macam mana nak cancel subscriptions di Setting tapi tak jumpa ( masa ni tak terfikir nak google, boleh tak camtu? Huhu )
Dan.. Setelah sebulan bayar percuma je USD2.99, akhirnya aku google juga cara nak cancel subscription dan alahai senang je sebenarnya. Rugi rasa tak belajar awal-awal π
Aku rujuk >>> LINK INI.

Sesungguhnya aku pelupa orangnya. Jadi, nak paste di blog juga. Hee. Lepas ni, harap jangan gelojoh untuk subscribe apa saja. Eh, kalau subscribe pun okay je. Sebab dah tahu cara nak cancel kan? Hihi.
Korang ada Smule? π
Till then,
Love,