Assalamualaikum dan hello semua π
Lama kita tak berjumpa ye. 6 hari blog aku diam tanpa kata. Hee. Sibuk beraya dan menghabiskan masa bersama keluarga. Tak sempat langsung nak pegang phone lama-lama apatah lagi untuk update blog. Hari ni, dah start bekerja dalam mood raya. Okay, sebenarnya mood malas. Haha.
Korang semua dah start kerja ke hari ni? Ada sesiapa yang masih berada di kampung? Seronoknya masih beraya dan bercuti!
Aku dah start kerja hari ni. Sebenarnya, aku dah start kerja pada hari raya ketiga, Jumaat lepas. Kerja satu hari je dan habis kerja terus bergerak ke Kuantan ( akan diceritakan dalam entri lain ye ).
Entri ini aku nak cerita mengenai kisah malam raya dan 1 Syawal. Semangat weii berhari raya, pertama kali beraya di rumah FIL. Kelainan pasti terasa π
Kalau di kampung aku, malam raya dah takde apa nak buat. Tidur awal jugaklah. Tapi di kampung suami, bila dah tengah malam, lagi semangat tak tido! Hehe. Kami sampai kampung pada malam raya, bergerak ke kampung jam 6 petang selepas kerja.
Ketupat Mak! Mesti ada setiap tahun bak kata suami.

Aktiviti malam raya di kampung semestinya, main bunga api! Kami kaum wanita, main bunga api je, suami dan Kcut main mercun. Berdentum-dentum bunyi. Nak luruh jantung eh. Huhu. Sememangnya kemeriahan terasa walaupun aku asyik mengomel sakit telinga. Hehe.

Bersusun semua main bunga api. Sebagai pembuka acara malam raya π
Lepas tu, jam 12 am, kami semua anak-anak, keluar rumah pergi ke bazar Ramadhan + Uptown Muar. Saja jalan-jalan, yang ada misi mencari tudung hanya Ekin dan Kak Long. Kami yang lain menemani je. Mujur aku tak membeli apa-apa. Sebenarnya ada berkenan satu baju kurung, murah je RM79 tapi tiada saiz. Baguslah tiada saiz, tak berlaku pembaziran di situ kan? Nampak kelegaan di mata suami bila tiada saiz baju aku. Hahaha!

Muar SOUP HOUSE
Semua sup sedap di sini! Cicah roti dengan sup. Sedap! Supper kami pada malam raya.
Sampai rumah lebih kurang jam 3 pagi dan tidurlah masing-masing. Aku memang lena sungguhlah. Penat sangat rasa.
Pagi Syawal. Bangun tidur dengan penuh semangat walaupun tak cukup tidur. Biasalah kalau raya tak cukup tidur kan. Siapkan diri dan pastikan sudah cantik apabila suami pulang dari solat raya. Hehe.
Selepas sesi bermaafan, mulalah sesi bergambar pula. Gambar kami sekeluarga dan gambar kami berdua diambil menggunakan tripod suami. Kebetulan di hari raya, tripod patah. Nasib baik masih boleh repair.
Jom layan gambar-gambar raya kami π
Ayah. Mak. Ekin. Aku. Kak Long. Kcut. Aliff.

Not in frame: Uda dan suami, Kerol dan suami Kak Long, Aliff juga namanya.
Ayah dan Mak ada pengumuman raya dibuat selepas sesi bermaafan. Apakah intipati pengumuman itu? Haha. Biarlah kami saja yang tahu. Hehe.

Bersama PIL. Seronok beraya bersama mereka.

Aku dan Suami

Kitty ambil gambar! Hehe. Kitty kucing peliharaan Kcut dan Ekin. Bawa bersama jika mereka pulang ke kampung. Comel Kitty π

Selesai bergambar dalam rumah, kita sambung bergambar di luar rumah pula. Gambar kami berdua diambil menggunakan tripod. Hee. Masing-masing ada aktiviti sendiri masa ni, tiada siapa nak layan kami bergambar. Mujur ada tripod π
Pokok kelapa yang sentiasa menjadi pilihan untuk bergambar π

#siqahOOTD katanya

Baju raya pertama dibeli oleh Mak. Mak beli kain sepadan untuk semua dan suruh kami tempah baju. Dan buat sekian kalinya, aku tempah baju raya. Selama ni, aku beli baju siap je. Jadi tahun ni, ada kelainan sikit dari segi baju raya. Hee.
Dari segi baju raya, kalau keluarga suami, suka baju sedondon semuanya. Kalau keluarga aku, suka baju ikut tema keluarga masing-masing. Nanti bila bergambar, warna warni jadinya. Hee. Mana-mana pun layankan je. Suka semuanya π
Sambung bergambar..
Bergambar dengan kereta pulak

Dari dulu nak ambil gambar camni (^_^)

Ayah. Suami. Kcut.

Sebahagian daripada keluarga besar FIL

Siang hari, beraya sebahagian daripada rumah FIL. Beraya sambil marhaban. Ini adalah satu kelainan yang sangat ketara apabila beraya rumah FIL. Kalau keluarga aku, mana ada marhaban. Jumpa marhaban masa kenduri kendara je. Haa. Malam hari, sambung marhaban keluarga. Adalah 6 buah rumah semuanya. Ada satu rumah tu, diberi nombor untuk cabutan duit raya. Dan suami dapat nombor 10 dengan duit raya 30 sen. Hehe. Aku dapat RM1 π

Sampai lewat malam dan masih marhaban. Makanya, mulalah jadi gila. Hahaha. Sempat Boomerang di salah sebuah rumah FIL. Hehe.
Bila dah sampai rumah, lebih kurang jam 1 pagi, kami anak-anak masih tak tidur. Sambung shooting video dan bergambar. Suami ada buat video “time freeze” hari raya. Sampai ke malam shooting video.
Salah satu video yang dirakam adalah video “timelapse” kami wanita menari. Haha. Takde kerja namanya di awal pagi. Mulalah cari pasal. Hehe.
Bersungguh buat timelapse π
Habis shooting video, kami bergambar pula. Gambar kami semua diambil di awal pagi sebab Uda tiada dalam gambar pagi tadi.

Ini saja cerita pada hari raya pertama. Cerita hari raya akan disambung dalam entri seterusnya termasuk video “time freeze”. Rasa dah panjang entri ni. Hehe.
Korang dah update cerita hari raya ke? Mesti dah rasanya tu kan? Nanti aku terjah blog semua ye. Teruja nak tahu cerita raya korang pula π
Sebagai penutup, gambar selfie satu. Hehe.

Thanks reading,
Till then,
Love,