Assalamualaikum dan hello semua π
Apa khabar? Sibuk bekerja pastinya kan hari ni? Ada sesiapa yang cuti lagi ke? Biar betul ni. Hehe.
Aku nak sambung cerita hari raya kedua pula. Cerita hari raya pertama boleh baca dalam ENTRI INI.
Pada hari raya kedua, aku hanya duduk di rumah. Biasalah jadi orang dapur kan. Rajinlah konon kat rumah mentua. Haha! Eh, memang rajin okay π
Malam hari raya kedua, ada majlis sambutan hari jadi dan berkumpul sanak saudara keluarga suami di rumah Tok Mak. Aku ditugaskan untuk masak spageti. Terkejut weii! Nak masak untuk ramai orang. Tak pernah buat pun.
Teruslah aku, Kak Long, dan Ekin pergi ke Econsave untuk membeli barang dapur. Bila sampai rumah, aku terus mulakan misi memasak sambil dibantu oleh Kak Long dan Ekin.
Pendek kata, walaupun kuah spageti aku masin, haha, terlajak letak garam. Geram sebab asyik tawar je. Sekali aku tumpahkan garam terus. Muahahaha! Mujur kemasinan itu dapat dibetulkan oleh Kak Long. Jadilah tak masin, baru boleh dihidangkan dengan hati yang gembira. Sanak saudara makan dan cakap sedap. Kira luluslah tu. Hehe.
Aku sibuk memasak di dapur dan suami sibuk rakam video di luar. Sampai disuruhnya aku untuk tukar baju raya sebentar semata nak ambil gambar. Alamak! Aku pun menurut perintah dan terus tukar baju raya kejap.
Layan gambar kami pada hari raya kedua pula π
#siqahOOTD

Suka sangat baju ni. Aku suka warna pastel dan ada sedikit lace diletakkan. Baju raya dan tudung daripada Ariani. Baju nampak tak iron di situ sebab sesungguhnya memang aku tak iron. Hahaha!
Lagi gambar kami berdua. Kali ni gambar disnap oleh Kak Long. Gigih Kak Long jadi photographer π



Riang ria di hari raya

Selesai bergambar. Tak sampai 30 minit pun. Masa ni hari pun dah gelap sebab nak Maghrib. Takdelah gambar banyak sangat boleh diambil jika kurang pencahayaan. Sebab kalau cahaya kurang, gambar tak cantik. Huhu. Bolehlah daripada tiada langsung kan.
Akhir sekali, seperti yang aku cakap dalam entri Time Freeze Video >> boleh baca DI SINI Suami buat video time freeze sempena raya tahun ni. Dia sangat gigih rakam dan edit dalam hari yang sama. Siap ada dua versi video.
Suami lagi semangat bila semua orang memberi kerjasama yang bagus. Semua excited nak berlakon untuk video. Hehe. Keluarga suami memang suka melayan. Kerjasama tip top!
Lagu yang digunakan untuk video adalah lagu Korea, Mamacita by Super Junior. Tak jadi guna lagu remix raya. Tukar lagu Korea lagi menarik nampaknya.
Jemputlah korang tengok video “Time Freeze ” untuk hari raya 2016 di bawah ye. Sepenuhnya dibuat oleh suami aku. Korang boleh juga bagi feedback yang membina. Boleh suami aku pertingkatkan lagi daya usaha untuk buat video. Videographer suka kalau orang komen video yang dia buat. Untuk penambahbaikan di hari akan datang.
Berkongsi cerita dan pandangan, kan bagus tu π
Selamat menonton π
First Version
Second Version
Till then,
Love,