Assalamualaikum dan hello semua 🙂
Seperti yang aku katakan dalam ENTRI INI, semalam aku pergi menonton filem Me Before You bersama #gengmakan. Sangat teruja nak menonton sampai tengah sibuk kerja di pagi hari, dan aku masih sempat beli tiket wayang online. Hihi. Keterujaan telah membawa aku pergi juga menonton filem ini walaupun novel tak habis baca lagi. Sekarang berada di muka surat 398 🙂
SINOPSIS
Seperti dalam ENTRI INI.
REVIEW
Disebabkan aku dah baca novel, jadi jalan cerita sudah diketahui (walaupun tak habis baca lagi). Plot cerita masih sama seperti dalam novel (bila dah baca novel, secara automatik aku akan bandingkan antara novel dan filem), dan semua scene yang aku bayangkan dalam kepala semasa membaca novel adalah sama sebijik yang ada dalam filem. Kawasan rumah Will berhadapan dengan castle, rumah Louisa, kafe, dan semuanya sama!
Seronok dan suka tengok Louisa Clark (lakonan Emilia Clarke) yang sangat charming, happy-go-lucky, dan comel dengan pakaian yang pelik tapi cantik. Serius, aku sangat suka dengan outfit Louisa dalam filem ni. Comel sangat! Paling suka dengan kasut dia. Semua comel!! Ahhhh ~ Louisa yang berminat dengan fesyen 🙂
Will Traynor (lakonan Sam Claflin) yang hanya memberi masa 6 bulan saja sebelum dia pergi ke Dignitas di Switzerland. Lakonan Sam Claflin tidak perlu dipertikai lagi. Aku memang peminat dia sejak Love, Rosie makanya bagi aku, asal ada dia je, mesti best! Nampak sangat aku ni bias kan! Haha!
Dignitas is a Swiss group helping those with terminal illness and severe physical and mental illnesses to die. (agak-agak tahu dahlah ending filem ni kan?)
Aku tak setuju dengan konsep Dignitas sebab kepercayaan aku hanya Allah saja yang berhak menentukan ajal maut kita. Jadi aku tak suka akan ending cerita ni. Walaupun begitu, aku empathy dengan kisah Will yang merupakan seorang quadriplegic. Tak boleh nak buat apa dah bila sudah berlaku kerosakan pada saraf tunjang. That’s the main reason why he chose for Dignitas.
Love this scene 🙂 SO ROMANTIC 🙂
Scene yang indah pada mulanya dan berakhir dengan tangisan 🙁
One of Louisa’s outfit! Ada berani pakai seluar belang begitu? Nampak dia pakai cantik je, tapi kalau aku pakai pasti buruk. Ish, tak dapat nak bayang. Hihi.
Satu lagi perkara dalam filem ni yang sangat menarik perhatian aku adalah lokasi pengambaran!! Di awal filem sudah disajikan dengan pemandangan indah seperti di bawah.
LAWA KAN?
Lokasi pengambaran filem Me Before You bertempat di Pembrokeshire in West Wales, UK. Cantik sangat tempat ni! Nak tahu lebih lanjut, klik saja ye link yang diberi 🙂
Ada scene Louisa dan Clark ke Pembroke Castle. Sangat cantik uolss ~ Berangan jela boleh pergi ke sini.
Nangis tengok pemandangan cantik begini. Subhanallah, Tengok dalam filem pun dah cantik, apatah lagi di depan mata. Berharap agar dapat melihat keindahan alam sebegini indah di depan mata satu hari nanti. Tapi apakan daya, jauh dan mahal weii! Kumpul duit tak tahu berapa tahun baru cukup nak ke sana. Dengan izin Allah, jika ada rezeki 🙂 Sekarang, tengok gambar jela boleh 😀
Akhir kata, filem ni adalah berbaloi untuk ditonton. Aku bagi 4/5 bintang. Filem ini membuatkan aku lebih mengenali orang kurang upaya seperti quadriplegic. Membuatkan aku kagum dengan sikap Louisa yang sangat rajin dan tidak berputus asa untuk cuba mengubah pemikiran Will. Membuatkan aku rasa nak beli tiket kapal terbang dan terus fly to Wales. Dan akhir sekali, membuatkan aku nak pergi cari sepasang kasut polkadot. Hihi.
“Push Yourself
Don’t Settle
Just Live”
*Will Traynor*
Thanks reading and happy watching!
Love,