Assalamualaikum dan hello semua!
Korea! Korea! Korea! Dengar Korea aku terus teruja. Tambah lagi bila dengar makanan Korea! Aku sangat suka! Menghitung masa nak pergi makan. Hehe. Semalam, kami berbuka puasa di Hanbing Korean Dessert Cafe di Bangsar. Melayan keinginan Sheima (my manager), yang nak makan di sini. Kami tumpang dua kaki π
Kali kedua aku ke sini

Sempena bulan Ramadhan, Hanbing ada menyediakan set Ramadhan iaitu Table Cooked Topokki. Ada lime jenis makanan dalam satu set. Yang membezakan setiap set ini adalah beef, seafood, dan chicken.
Table Cooked Topokki

Kami pilih set Table Cooked Topokki – Beef. Teruja nak makan sebab nampak gambar macam sedap! Lagipun rindu dengan makanan di Korea! Masa pertama kali datang kafe ni, menu yang ada hanya sikit je. Satu keping je menunya. Sekarang dah ada buku menu! Berkembang maju dengan jayanya!
Set Ramadhan – Table Cooked Topokki
Menu Pertama
Inilah rupa Table Cooked Topokki – sebelum dimasak

Beef untuk menu di atas yang datang secara berasingan

Table Cooked Topokki – sedang dimasak. Bau sedap! Masa ni tahap lapar dah paling tinggi! Tak sabar nak makan tapi kena bawak bersabar. Hehe.

Siap dimasak! Yeayyy! Rasanya sedap, kuah pekat cuma pedas. Aku hanya rasa sikit je. Lepas tu, terus minum air sebab tak tahan pedas.

Siapa yang masak? Untuk kami semalam, pelayan kedai yang jadi chef. Kami hanya menanti sehingga siap terhidang. Kalau baca di blog lain, kena masak sendiri siap ada bagi cara-cara memasak. Cuma mungkin semalam tak ramai orang, jadi pelayan tolong masakkan. Tak susah pun nampaknya. Tambah air dan biarkan ia masak. Sekejap je.
Menu Kedua
Big Bowl Bibimbap

Yang ni kami minta ayam instead of daging. Boleh request kalau korang nak berbeza daripada Table Cooked Topokki.
Hanis tukang mengaul sos dan bibimbap. Hasilnya seperti gambar di bawah.

Menyelerakan! Sedap! Kalau makan bibimbap, terpaksa aku makan sayur. Hihi.
Menu Ketiga
Chicken dan Topokki

Ayam ada perasa pedas, goreng biasa, dan cheese. Semua sedap! Aku ratah je ayam. Cuma topokki tak berapa sedap untuk aku. Rasanya pelik.
Menu Keempat
Nasi goreng Korea

Ingat tak Table Cooked Topokki tadi? Ada kuah kan. Nasi goreng Korea ni dimasak dengan menggunakan lebihan kuah Table Cooked Topokki tadi. Dimasak oleh pelayan juga. Kami tunggu nak makan je.

Walaupun dah kenyang masa tu, masih lagi telan. Haha! Seronok dapat makan sedap! Aku sememangnya peminat tegar nasi goreng. Hehe.
Menu Kelima
Kimchi Nachos

Layanlah makan nie! Sedap jugak! Sos diberi nafas baru sebab ada kimchi.
Kalau datang sini, semestinya Bingsu adalah hidangan yang wajib makan! Serius wajib tau! Sebagai penutup hidangan, dessert lah senang cerita. Hii.
Kami order dua Bingsu semalam.
Durian Snow Ice

Sedap tak terkata! Durian musang king! Snow ice yang halus seperti salji, makan dengan durian musang king yang dipotong, ditambah pula dengan aiskrim durian yang sejuk dan sedap, ditambah lagi dengan keragupan emping jagung! Perghhh ~ Sedap giler! Tak akan menyesal makan ni! Sedap! Sedap! Sedap! Haha. Berapa kali entah aku cakap sedap! Hihi. Harga RM33 dan berbaloi.
Blueberry Cheese Snow Ice

Yang ni pun sedap! Dah pernah makan masa kali pertama ke sini dulu, makanya review sila baca di ENTRI INI π
Alhamdullilah. Kenyang sangat semalam! Makan sikit je rasa tapi kenyang berganda. Eh sikit ke? Haha! Semua menu di atas kami kongsi 7 orang. Add on menu ayam pedas je.
Mana yang teringin nak makan makanan Korea? Nak makan Bingsu? Datanglah ke kedai Hanbing Korean Dessert Cafe. Serius tak akan menyesal! Semua sedap! Suasana dalam kafe pun simple dan tak serabut. Sambil makan sambil bersembang dan dengar lagu Korea yang diputarkan. Semalam ada diputarkan juga lagu Descendants of the Sun, rasa nak tengok lagi drama tu! π

Kami!
Muka gembira selepas makan. Hehe.
DETAILS OF CAFE
Facebook: Hanbing Korean Dessert Cafe
Instagram: @hanbingmy
Website: http://www.hanbing.my
Waktu Operasi: 12 pm – 12 am (Ahad-Khamis), 12 pm – 1 am (Jumaat-Sabtu)
Alamat: Jalan Telawi 3, Bangsar ( sebelah Hong Leong Bank dan hadapan Bangsar Village 2)
Happy trying and eating!
Love,