Assalamualaikum dan hello semua 🙂
Geng Makan ke Pulau Perhentian – A Short Story
Seperti yang aku janjikan dalam dua entri di atas, untuk entri kali ni aku akan bercerita mengenai kisah percutian kami #gengmakan ke Pulau Perhentian. Punyalah lama baru nak post haa. Terperap dalam draft 🙂
Sebelum bercerita lanjut mengenai kisah percutian kami, meh aku nak berkongsi mengenai pakej, penginapan, dan budget ke Pulau Perhentian. Rasanya itu perkara yang paling korang nak tahu kan? Hii. Sebab kalau aku, nak tahu pasal semua tu dulu, then baru mengenai kisah yang lain. Kalau aku lah. Hihi.
PAKEJ

Pencarian pakej dilakukan oleh Syira dan Nadiah. Kemudian dibincang kata sepakat untuk memilih pakej yang mana. Kami memilih pakej di bawah SenjaBay Resort iaitu pakej pertama 3d / 2n Snorkelling ( 2 snorkelling trips ) yang mengandungi:
- Return Transfer Jetty to Pulau
- Accomodation 3D/2N aircond with sea view
- 2 Snorkelling Trips – Trip pagi ( 3 points ) & Trip petang ( 2 points )
- Snorkelling Equipment ( mask & life jacket )
- Full Meal with BBQ
Kami ambil pakej untuk bilik Twin sharing ( RM470 / person ) dan Triple sharing ( RM435 / person ). Kami pergi berlima makanya harga pakej seorang adalah RM475.94 selepas didarab, ditambah, dan dibahagi.
Harga pakej:
( RM470 x 2 pax ) + ( RM435 x 3 pax ) =RM940 + RM1305
Twin Triple 5
Total = RM2245
Add GST = RM134.70
= RM475.94 / person
Harga pakej masa peak hour mahal berbanding normal hour. Segala urusan mengenai pakej, diuruskan oleh Syira, our great super talented project manager 😀 Kami yang lain hanya bayar je. Dia uruskan belaka.
Kami bergerak jam 3.45 pagi dari Subang. Pada mulanya nak gerak jam 5 pagi tapi atas nasihat Kak Ain, kami bergerak awal daripada sepatutnya. Betul juga kan, dahlah pergi masa peak hour, tak mahulah lambat sangat tiba di sana.
Dipendekkan cerita, kami sampai di Kuala Besut jam 10.30 pagi ( mujur bergerak awal ). Jauh juga perjalanan dari exit Kuala Terengganu ke Kuala Besut. Waze memainkan peranan pada masa itu.

Sampai saja di Kuala Besut, terus mencari Seven Seas Holiday Sdn Bhd. Syarikat yang bertanggungjawab untuk bawa kami ke pulau.

Tidak lama menunggu, jam 11.30 pagi kami sudah menaiki bot untuk ke pulau. Bayaran di atas adalah bayaran untuk Taman Laut, RM5 / person ( tak termasuk dalam pakej ).
Selepas 40 minit menaiki speedboat, akhirnya kami tiba di Pulau Perhentian. Dari jauh dah berkata.. Cantiknya!!!
View dari Jeti Pulau Perhentian



PENGINAPAN
Penginapan kami selama 3 hari 2 malam di SenjaBay Resort, Pulau Perhentian Kecil.

![]() |
A welcome drink |
![]() |
View dari kafe SenjaBay Resort |
![]() |
Triple Sharing |
![]() |
Twin Sharing |
![]() |
View dari bilik kami. No 43 dan 44 di SenjaBay Resort |
Subhanallah. View dari sini sangat cantik! Terpegun kami melihat. Lama juga kami berada di balkoni bilik untuk menikmati keindahan laut dan langit biru. Rasa tak puas tengok 🙂

Penginapan selama 3 hari 2 malam di sini memuaskan hati kami. Bilik bersih, tempat strategik ( tepi pantai, seaview ), dan makanan sedap! Kami ambil pakej penuh termasuk makanan sepanjang kami berada di sana. Lebih senang kerana tak perlu memikirkan mengenai nak makan kat mana. Makan di kafe resort je.
Satu lagi yang sedap di kafe SenjaBay Resort adalah teh ais!!Sedap weii! Dua kali aku beli. Hehe!
BUDGET
Keseluruhan budget kami sepanjang trip. Kredit budget calculation to Syira. Sangat teliti. Syira siap bawa satu buku kecil untuk catat setiap perbelanjaan yang keluar. Good job! Sesuai juga Syira jadi bendahari 😀



Kami bayar RM600 seorang (termasuk RM100 sudah dibayar semasa booking). Harga pakej seorang RM475.94 dan selebihnya kami bayar untuk minyak, tol, dan lain-lain (contohnya, Pak Mat Teh Tarik Madu, kami singgah semasa perjalanan pulang)
Sekian entri untuk pakej, penginapan, dan budget kami ke Pulau Perhentian. Harap boleh membantu kepada sesiapa yang berhajat ke sana. Serius, pakej di SenjaBay Resort sangat memuaskan!! Recommended!
Untuk entri seterusnya, aku akan berkongsi mengenai aktiviti kami sepanjang dua hari di sana.
Aktiviti kami:
- Hiking ke Windwill Pulau Perhentian
- 2 snorkelling trips ( pagi dan petang )
- Sunset di Romantic Beach
Maaf jika ada kekurangan dalam entri kali ni. Kalau nak tanya apa-apa, boleh bagi komen atau email aku. Jangan malu dan segan ye ^_^
Till then,
Thank you for reading,