Hari ni nak sambung entri Part 2 daripada entri Keluarga Hussin ke Pulau Pangkor – Part 1. Untuk Part 1, bercerita mengenai pakej yang dipilih dan kisah keluarga aku pada hari pertama di Pulau Pangkor. Part 2 akan bercerita mengenai aktiviti di hari kedua pula 🙂
Jam 8.30 pagi, kami sudah bersedia untuk keluar sarapan dan terus melakukan aktiviti. Hari kedua, semua diuruskan oleh Mr Mann yang tinggi lampai dan cakap berhemah. Hihi.

Thaqif sudah bersedia nak jadi pak imam. Eh? Bukan bukan. Nak pergi berenang. Eh, tak tahu berenang! Eh, apa-apa jela. Haha!

Kawan baik berdua ni, Erysya dan Surfina juga sudah bersiap sedia 😀

Kedai sarapan hari kedua. Menu sarapan adalah menu sarapan di Malaysia. Nasi lemak dan teh tarik!

Selepas makan, kami terus melakukan aktiviti island hopping dan snorkeling. Kami ambil pakejnya di sini.

Mula sekali, kami perlu memilih selipar untuk pergi snorkelling. Katanya, coral tajam jadi kena pakai selipar masa snorkelling. Nanti takut kaki luka. Hanya boleh pakai selipar yang disediakan saja.

Pilih-pilih selipar yang muat pada kaki. Kalau saiz dewasa, senang je nak jumpa. Saiz kanak-kanak untuk Surfina agak susah nak jumpa. Tapi akhirnya jumpa juga setelah puas godek sampai ke bawah besen.

Orang lain sibuk cari selipar dan pakai jaket keselamatan, Thaqif tidur. Hihi. Senang sungguh dia tidur 😀


Siap! Jom kita bergerak! Yeehaaa ~ 😀

Kami sekeluarga bersedia untuk terjah ke tempat snorkelling. Adik beradik aku ada 4 orang semuanya. Adik bongsu, Anjang dan isteri Wani tak dapat join trip kali ni sebab Wani sedang berpantang. Next time, kita travel sama semua okay 🙂

Terus menuju ke Pulau Giam, tempat untuk snorkelling.

Sudah berada dalam laut. Hii. Bestnya mandi laut! Snorkelling? Hii. Aku takut sebenarnya. Tak sampai 5 saat dah naik ke permukaan. Tenggelamkan kepala pun seram. Air masuk mulut. Tak reti pakai goggle agaknya 🙁 Sudahnya aku mandi laut je. Bergerak punyalah jauh daripada tempat nak naik, sudahnya lama betul masa yang diperlukan untuk naik ke darat. Tak tahu berenang kan. Mengepak jela. Hahaha!
Ayah, Abang Ayin, Angah, dan Haikal kata ada ikan kelihatan masa snorkelling. Ayah siap bawa roti bersama letak di tangan dan ikan kerumun ayah. Tapi sayangnya, tak dirakam. Encik suami je pegang phone dalam beg kalis air tapi dia tak turun sangat dalam air.
Cakap pasal beg kalis air untuk phone. Agak bengang bila aku beli beg tu tapi tak boleh guna for my phone. Beg tu tutup kamera phone. Sayang sangat 🙁 Kalau tak, boleh ambil gambar masa sedang berendam di laut.
View dari batu paling tinggi di Pulau Giam. Rasanya tinggi sekali tu. Hihi.

Love the view

Batu di tepi tu, tajam tau. Kaki aku ada juga terluka sikit. Itulah, orang pesan suruh pakai selipar tapi degil tak pakai. Tak feel rasa kalau pakai selipar masa dalam laut. Padahnya, sakit lerrrr 🙁


Kagum betul boleh berkayak di lautan. Aku yang tengok pun dah rasa lenguh tangan. Hihi.


Inilah tempat naik dari snorkelling dan ini juga tempat untuk bot berhenti menurunkan penumpang. Part ni aku rasa tak sesuai. Patutnya tempat turun penumpang dan snorkelling berbeza. Tapi di Pulau Giam, sama belaka. Mungkin sebab pulau yang kecil. Dan, satu lagi, pandai-pandailah jaga diri ye masa snorkelling. Paling penting ada orang yang pandai berenang bersama 🙂 Orang bot hanya hantar dan ambil saja.

Mask ( not included in package ). Jadi kena sewa, harga RM10 / piece.
Selepas dah puas berendam dan snorkelling, mulalah sesi pengambaran. Hihi. Kami memang saja biarkan orang lain semua pulang dulu, nak Pulau Giam clear tak ramai orang baru best bergambar. Bukan setakat gambar, encik suami ada rakam video juga 🙂

Gaya kena ada walaupun tak snorkelling. Yang hujung je snorkelling, yang tengah tu gaya je lebih. Haha!

Ayah dan Mama

Along sekeluarga

Angah sekeluarga

Aku dan encik suami

Anak saudara. Haikal, Erysya, Surfina dan Thaqif

Keluarga Hussin 🙂 Not in frame: encik suami yang jadi photoG, Anjang dan Wani yang tak join family trip kali ni. Untuk gambar, ambil berdiri tegak je, untuk video, melompat semua kecuali Surfina 😀
Bila bot dah datang ambil, kami dibawa untuk island hopping. Tak lama pun sebab kecil je kawasannya.

Kalimah Allah

Tak ambil gambar masa island hopping. Dah penat. Malas nak pegang phone. Hii.

Antara aktiviti lain yang ada di sini. Banana Boat, Matrix, dan Big Mable. Satu pun kami tak buat. Haha! Aku teringin juga tapi tiada orang nak teman. Tak kan nak buat sorang-sorang. Banana Boat dah pernah naik. Teringin naik yang lagi dua tu. Maybe next time, if possible 🙂
Lebih kurang jam 1 tengahari, kami sampai di pantai dan terus makan. Lepas makan, layan encik suami ambil video dalam cuaca yang panas terik dan terus ke bilik untuk berehat.

Di waktu petang hari kedua, kami plan nak naik motor ronda di Pulau Pangkor. Sewa moto dari Suria Beach Resort adalah RM25 untuk 3 jam. Aku dan suami sewa motor skuter daripada Mr Mann berharga RM30 untuk satu hari. Mr Mann ada satu motor je, jadi boleh sewa satu jela.

Pandu arah 😀

Matahari hampir terbenam di sini. Tempat ni nak pergi kena naik motor. Tak tahu namanya apa. Pasti jumpa kalau kelilingi Pangkor. Atas bukit dan ada rumah api.
Kami melihat sunset pada hari kedua di Teluk Ketapang. Itu yang kena naik motor. Kalau datang Pangkor, rugi kalau tak ronda sekeliling pulau. Sekejap je, bukan besar pun. Hii. Kat sini selain tengok sunset, boleh memancing.
Love 。^‿^。


A family photo! Mintak tolong akak yang berada di situ ambilkan gambar. Hii. Not in frame: mama
Then, terus pulang ke resort. Maghrib dah oii. Orang tua kata masa Maghrib tak elok berada di luar, tapi masa tu lah nak tengok golden hour. Acane? Terpaksa tak ikut cakap orang tua. Hihi.
Malam, kami makan di salah satu kedai makan di Teluk Nipah dan berjalan-jalan mencari souvenir untuk dibawa pulang. Borong souvenir untuk kawan sepejabat dan keluarga mentua. Walaupun hanya dari Pulau Pangkor, terimalah ye 😀

Ini souvenir untuk rumah kami. Hihi. Beriya beli ketam besar. Kot-kot nanti boleh masak :p Ngedik dia tiap kali buka dan tutup peti sejuk.
Korang boleh tengok video yang dibuat oleh encik suami di sini ( in case video di bawah tak boleh play ). Lagu kegemaran kami digunakan sebagai lagu tema video. Lagu apa?? OST Boboiboy The Movie. Haha! Encik suami buat video guna iMovie je. So hari kedua juga siap. Jemput tengok ye 🙂
Sekian sahaja cerita untuk hari kedua. Akan aku sambung kisah percutian ini dalam entri part 3 nanti. Rasa dah panjang sangat entri ni (^_^)
Thank you for reading,
Till then,
Love,
SiQaH