Bulan March 2016, aku dan satu keluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor, Perak. Aku dilantik sebagai pengarah projek kerana aku yang usulkan percutian kepada adik beradik. Dah lama sangat tidak bercuti bersama. Dan tiba-tiba, sejak tahun lepas bulan December, aku usulkan mengenai percutian keluarga. Dan setelah berbincang, akhirnya tempat yang dipilih adalah Pulau Pangkor 🙂
Pada mulanya, kami bercadang nak ke Pulau Perhentian atau Pulau Tioman. Tapi memandangkan Mama yang tidak berapa sihat, kami ubah tempat dan pilih Pulau Pangkor kerana ia dekat dari Shah Alam. Pulau Pangkor tiada musim angin monsun. Jadi, bila-bila nak pergi pun boleh. Maka, bermulalah proses mencari pakej menarik di Pulau Pangkor.

Aku memilih pakej yang ditawarkan di Pangkor Liner Dot Com iaitu Pakej Keluarga Pangkor C. Ada tiga jenis pakej keluarga. Yang membezakan antara pakej adalah aktiviti yang diadakan. Aku memilih Pakej Keluarga C kerana semua aktiviti ada. Dah sesekali pergi, mesti nak adakan semua aktiviti kan? 🙂
Dalam pakej keluarga C, harga berubah mengikut tempat penginapan. Pangkor Bay View Resort, di Teluk Nipah menjadi pilihan kami. Memilih Teluk Nipah kerana tempat yang strategik sebab banyak kedai makan. Hihi.
Harga semasa untuk March 2016:
Harga dewasa : RM 278 / person
Harga kanak-kanak: RM 138 / person

Full Itinerary 12 – 14 March 2016
Dah habis cerita mengenai pakej. Jom layan kisah percutian kami pula. Hii.
Kami bertolak jam 9 pagi ( lewat sejam dari masa yang dijanji, hihi, biasalah kan :p ) dan selepas 4 jam perjalanan, kami tiba di Jeti Lumut. Lama kan perjalanan? Sebab lalu highway dan beberapa kali jalan sesak kereta tak bergerak 🙁

Sampai di Jeti Lumut jam 1 tengahari dan kami sudah ketinggalan trip. Sepatutnya kami berjumpa dengan Mr Mann di jeti tapi disebabkan kami lambat tiba dan Mr Mann ada group lain to attend, maka kami ditinggalkan di Jeti Lumut. Jangan risau. Bukan tinggal begitu sahaja, Mr Mann sudah tinggalkan tiket bot kepada kami di kaunter jeti. Berkali-kali dia call dan whatsapp tanya keberadaan kami di mana. Hii.

Setelah selesai lunch, kami terus bergerak ke arah terminal jeti. Dan guess what?? Ramainyaaaa oranggggg! Dengan cuaca yang panas, perghh bertambah terasa bahangnya!

Sabar menunggu sambil berbual dan menikmati pemandangan laut 🙂

Laut dan pantai. Kegemaran aku 🙂

Sebahagian daripada beg kami 😀

Setelah hampir sejam menunggu giliran kami, akhirnya!! Yeayyy! Naik bot. We love it! Mak ayah budak excited! Anak-anak lagi excited! Haha!
* in frame dari kiri: Along – ( kakak sulung ), Angah ( abang ) , Kak Ngah Mai ( kakak ipar ) , Erysya ( yang besar ) dan Surfina ( yang sedang buat simbol peace ).

Ayah dan mama. My beloved parents 🙂

Stuart pun ikut tau! Haa! Sampai ke pulau kau jalan Stuart. Ini Stuart, kucing peliharaan Along sekeluarga yang akan dibawa ke mana sahaja. Stuart istimewa, perlu dibawa agar senang nak menjaga. Behave Stuart ni!
Pemandangan dari atas bot:



Haip! Gigi tu Surfina. Tak mau terkeluar, please. Aku ada buat entri mengenai anak saudara aku yang sorang ni di sini.
Setelah 40 minit perjalanan bot, kami tiba di Terminal Pulau Pangkor. Bot ada berhenti di terminal pertama iaitu Terminal Penumpang Sungai Pinang. Jangan keluar di situ tau. Kat sini, ramai juga penumpang yang keluar sebab perkampungan mereka di sini. Terminal Pulau Pangkor adalah terminal yang kedua. Sila keluar di sini ye 🙂

Salah satu tarikan di Pulau Pangkor adalah van teksi berwarna pink! Tak akan jumpa van warna lain di sini. Semuanya hanya warna pink. Seronok jumpa warna pink. Hehe!
Disebabkan kami lambat tiba di pulau, aktiviti lawatan darat terpaksa ditunda pada hari terakhir kami di sini. Makanya, petang hari pertama aktiviti bebas. Kami hanya berjalan di sekitar resort dan pantai 🙂

Aku dan encik suami di tepi pool. Baju kami suka bab matching :p
Lepak sebentar saja di pool tengok anak saudara mandi * takde pula ambil gambar pool * Lepas tu, terus bergerak ke pantai.


Nampak tak dahan pokok di tepi pantai? Rasa nak terjun ke laut dari dahan pokok tapi mujur kesedaran diri datang. Aku tak pandai berenang oii! Gila nak terjun! Tak sedar diri betul! Haha!

Aku dan Ayah 🙂 Hanya kami bertiga je yang lepak di pantai, yang lain semua berada di pool. Maklumlah anak nak mandi kolam 😀
Tujuan lepak di pantai, semestinya sebab nak tengok SUNSET!
And finally..
A sunset!
Always be my favourite view 🙂


“Enjoy the beauty of a sunset and enjoy nature’s farewell kiss for the night”
Puas hati dapat tengok sunset, kami pulang ke resort. Malam hari, kami keluar makan di kedai makan berhampiran. Kalau di Teluk Nipah, kedai makan bersepah. Pilih je yang mana menawan hati. Hii.
Sekian sahaja cerita percutian kami pada hari pertama. Akan aku sambung kisah percutian Keluarga Hussin ke Pulau Pangkor dalam entri yang lain pula.
Until then,
Thanks reading,
Love,
SiQaH