Semalam, aku berkesempatan pergi ke tempat yang menarik perhatian aku sejak dulu lagi iaitu A Park, Puchong. Dari dulu tahu mengenai kewujudan tempat ni dan tidak sesekali aku melepaskan peluang untuk ke sini semalam. Jemputan kahwin yang diterima oleh keluarga mentua aku dan kami, anak-anak mestilah jadi bodyguard ikut bersama. Hihi.
Masuk je dalam kawasan A Park, aku dihidangkan oleh pemandangan indah sebuah rumah yang kelihatan seperti English Style Banglo. Serius lawa! Kalau dari luar dah nampak cantik, mesti dalam rumah pun cantik juga kan? Aku tak boleh ambil gambar di dalam rumah, obviously because I’m not the family. Hihi. Gila kau nak terjah masuk kan? Jangan cari pasal walaupun bersungguh nak tahu the interior of the beautiful banglo.
Hadapan Banglo
Dari pandangan sisi. Angle mana pun lawa je π
Banglo dikelilingi oleh tasik. Ada sampan sebenarnya bak kata encik suami tapi sayangnya tiada kelihatan sampan semalam.
Kawasan yang luas. Selain daripada banglo, ada gazebo, tempat jamuan, jambatan kecil, tempat rehat dan paling seronok apabila A Park ini dikelilingi juga dengan pokok-pokok yang rimbun dan menjadikan tempat ni sejuk mata memandang. Suka kehijauan alam π
Salah satu jambatan yang ada
Antara tempat rehat yang ada
Tempat yang cantik dan semestinya kami mengadakan sesi fotografi di sini. Menggunakan kesempatan yang ada untuk beraksi, apa salahnya kan π Ambil gambar guna phone je. Encik suami malas nak bawa kamera walaupun disuruh berkali-kali oleh Mak.
Gambar-gambar yang diambil:
#siqahootd – Don’t know what to wear. Asyik pakai jubah je bila ke majlis kahwin, jadi untuk semalam, pilihan aku adalah mix and match skirt dengan blouse π
Suka pintu ni. Ada satu video perkahwinan yang dibuat oleh encik suami, dia shoot di sini. Bersungguh dia bawa aku dan Uda ( adik ipar ) mengelilingi kawasan A Park.
Masa untuk encik suami pula beraksi ambil gambar ala-ala post wedding π Asyik ambil gambar orang kahwin je, katanya. Semalam, dia pula nak jadi people in frame π
Ehem! π
Our photographer, Uda ( adik ipar aku ) untuk gambar kami berdua. Bertahan dia jadi photoG dalam cuaca yang panas.
It’s a wrap! π
Cuaca sangat panas! Serius panas! Tapi disebabkan tak tahu ada peluang lagi ke untuk kami ke sini, baik digunakan peluang yang ada semalam untuk rakam memori bersama. Tak kisahlah panas pun. Lagipun tak sampai 30 saat untuk ambil satu gambar. Tahanlah kejap. Hihi.
Seperti aku katakan di awal entri, aku ke sini atas jemputan kahwin yang diterima oleh keluarga mentua. Dah nama majlis perkahwinan, mustahil aku tak ambil gambar pelamin kan? Sebab aku suka tengok pelamin. Hihi.
Simple and nice dais
L.O.V.E
Ada sesiapa berminat untuk merakamkan detik indah di sini? Boleh rujuk laman rasmi A Park untuk keterangan lanjut. Beautiful place surrounds by a stunning background. Tak payah pergi ke tempat lain untuk ambil gambar outdoor. Dalam kawasan A Park saja dah cukup untuk bergambar sepuas hati.
Official website: a-park.my
Instagram: a.park.events
Majlis perkahwinan Syed & Alia. Semoga bahagia hingga ke Jannah π
Email: events@a-park.my
Phone: +603 6142 6051
A Park is really a beautiful venue for garden weddings π Thank you for the invitation and allowed me to see the beautiful place with my own eyes. Thank you A Park’s owner for the beautiful place set up with not forgotten the amazing green nature π
And lastly,
Group photo π
Sehingga bertemu lagi,
Thanks reading,
Love,
SiQaH