Minum Iced Caramel Latte only. Sedap jugak Latte di sini, tak manis sangat. No need to add anything. Boleh tahan jugak barista nie buat air walaupun dia pandang aku semacam je masa aku beriya ambik gambar dan berjalan di sekeliling kafe :p
Ini al kisah pagi. Tengahari aku dah balik dan lepak di rumah. Dulu boleh jugak berlama-lama berjalan sorang-sorang di luar, sekarang cepat sangat rasa bosan. Mungkin selepas kahwin, dah sentiasa ada orang bersama, jadi bosan cepat kalau tiada teman. Hii.
Cerita malam pulak… Encik suami sudah pulang dari kerja!! Yeehaa!! So birthday girl request nak makan makanan Barat as dinner. So malas nak pergi jauh-jauh, kami pergi ke Mr Steak House di Kota Damansara.
Dalam hari yang sama juga, aku telah mendapat saman parking! Huhu. Parking sekejap di tempat parking cuma tak letak kupon kereta sebab I don’t have any. Malas nak pergi beli sebab memang rasa sekejap je, so tak sempat kot MBSA nak saman. Hanya tak sampai 5 minit aku ke bank, patah balik ke kereta, tengok dah ada surat saman di kereta. Huhu. Rajin orang MBSA buat kerja kan. Patut diberi pujian nie. Makanya, terus aku ke Bank Rakyat untuk bayar saman. RM10 untuk bayaran dalam 24 jam, Baik pergi bayar terus. Aiyak!! Ingatkan sempat bertindak cepat, rupanya masih kena saman. Itulah kadang-kadang mentaliti manusia. Nak cepat dan gasak je buat apa pun walaupun melanggar peraturan, Yakin akan selamat tapi rupanya tak selamat juga. Itulah, lainkali jangan confident sangat!
Itu saja al kisah pada 28 October tahun 2015. Aku bukan jenis orang yang suka sambut birthday beriya, well enough with makan-makan sudah, tak perlu more than that. Bersyukur apa adanya π
Apa yang penting pada hari lahir adalah dapat sambut bersama yang tersayang, dapat ucapan birthday daripada yang tersayang dan paling penting, ingat pada mak yang telah mengandungkan kita dan melahirkan kita. Sedekahkan Al Fatihah untuk arwah Mak jika dia sudah tiada. Dan bersama ( call / visit ) dengan Mak jika dia masih hidup. Jangan dilupa pada Ayah juga π
Sehingga bertemu lagi,
Love,
SiQaH